Thursday, December 17, 2009

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya

Saya berjanji dan bersetia

Yang saya dengan seberapa daya upaya saya

Akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;

Menolong orang pada setiap masa;

Menurut Undang-Undang Pengakap.


UNDANG-UNDANG PENGAKAP

  1. Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
  2. Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
  3. Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
  4. Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
  5. Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
  6. Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
  7. Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
  8. Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
  9. Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat
  10. Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

No comments:

Post a Comment